ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Hafizh Syahrin dapat dana KBS

Sukan Permotoran

Views

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan dana kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah dan ia akan disalurkan dalam masa terdekat. Menurut Bernama, KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara telah memaklumkan perkara ini kepada Hafizh mengenai kelulusan penyaluran dana bagi membantu menampung kos perlumbaan beliau bagi tahun 2020 pada awal Mac yang lalu.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

KBS menjelaskan, dana yang akan disalurkan tersebut akan diserahkan melalui Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai badan pemantau program pembangunan sukan permotoran di negara ini. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menjelaskan jumlah dana yang disalurkan.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

KBS berkata bantuan seumpama itu merupakan satu bentuk sokongan yang sentiasa dititikberatkan pihaknya dalam apa jua pembangunan sukan, termasuk sukan permotoran yang mampu mengharumkan nama negara. Selepas dua musim dalam kategori MotoGP, pelumba kelahiran Ampang, Selangor itu kembali semula ke Moto2 musim ini bersama pasukan baharu, Ángel Nieto Team.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply