ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ini antara model yang akan diperkenalkan UMW Toyota pada 2023 – GR Corolla, GR 86, GR Supra manual, bZ4x, Vios (D92A) dan beberapa lagi!

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor mendedahkan perancangan mereka untuk tahun 2023 dalam majlis bersama para pengamal media yang berlangsung di Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurut rakan kami di Wapcar.my, perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh presidennya iaitu, Ravindran K..

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Kata beliau, syarikat itu telah berjaya menjual 90,000 unit kenderaan di Malaysia setakat ini. Ia meningkat sebanyak 44 peratus jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.

Antara model terlarisnya adalah Hilux, Fortuner dan Corolla Cross. Bagi tahun 2023, Ravindran K. mendedahkan, UMW Toyota akan memperkenalkan beberapa model baharu ke pasaran.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Ini termasuklah tiga model berprestasi tinggi, iaitu GR Corolla, GR 86, GR Supra dengan transmisi manual dan kenderaan elektrik pertama Toyota iaitu bZ4x.

Selain itu, kami turut menjangkakan, beberapa model baharu seperti Vios (D92A), Yaris Cross baharu (kembar Perodua D66B) dan Innova Zenix Hybrid akan tiba pada tahun hadapan.

Apa pun, kita nantikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply