ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta terbang bakal diuji Khamis ini

Berita Tempatan

Views

Akhirnya, impian rakyat Malaysia yang ingin melihat kelibat sebenar kereta terbang pertama negara bakal menjadi kenyataan Khamis ini. Menurut Berita Harian, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof akan melakukan sendiri pandu uji kenderaan yang boleh memuatkan dua orang itu.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Beliau memaklumkan ujian penerbangan pertama itu bakal dijalankan di Subang dan pada masa yang sama turut mengundang ahli Parlimen pembangkang untuk menyaksikan sendiri sesi tersebut, bagi menampilkan kenderaan yang menggunakan ruang udara sebagai platform. Katanya, beliau menjemput Yang Berhormat Paya Besar (Mohd Shahar Abdullah-BN) jika mahu dan mereka berdua boleh duduk bersama untuk bergambar semasa kereta itu terbang.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi pihak kementerian di Dewan Rakyat, semalam. Tertarik dengan kenyataan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, mencelah kerana tidak diundang menyertai sesi berkenaan.

Celahan itu membuatkan ahli Parlimen ketawa dan Mohd Redzuan memanjangkan undangan kepada Mohamad Arif jika ada kelapangan selepas jam 2 petang tetapi perlu ke Subang bagi tujuan itu. Mengikut laporan terdahulu, kereta terbang dikenali sebagai ‘Vector’ itu adalah dron yang dikuasakan oleh empat motor menggunakan bateri litium-ion dan boleh menampung beban antara 150 hingga 200 kilogram.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply