ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta terbang nasional – Pengeluaran masih belum muktamad

Berita Tempatan

Views

Ini ada berita terkini mengenai kereta terbang. Berita Harian melaporkan, kerajaan belum memutuskan untuk mengeluarkan kereta terbang nasional sekiranya sesi ujian kenderaan itu menunjukkan hasil positif hari Khamis nanti.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, ada beberapa perkara perlu dibincangkan secara menyeluruh, khususnya perihal ruang udara sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan. Katanya, beliau masih belum tahu perincian mengenai kereta terbang itu lagi dan hanya mahu meneliti manfaatnya terlebih dahulu.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Jelas beliau, pihaknya masih mempunyai pertikaian mengenai ruang udara dan perbincangan mengenainya giat dijalankan di peringkat kerajaan serta mencari jalan bagaimana ia boleh diselesaikan. Beliau berkata demikian di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Mohd Redzuan dilaporkan berkata, sesi pandu uji kereta terbang pertama negara dijangka dilakukan buat kali pertama hari Khamis ini, selepas sekian lama menjadi persoalan dan bahan bualan. Mengulas mengenainya, beliau berkata undangan terhad kepada Ahli Parlimen untuk menyaksikannya.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan perincian lokasi dan masa bagi sesi pandu uji terbabit sebagai menghormati permintaan pemaju projek berkenaan. Sesi pandu uji ini adalah hasrat pemaju projek kereta terbang dan mereka enggan mendedahkannya kepada umum, lagi pun pihaknya hanya membantu mereka.

Tambahnya lagi, beliau tidak boleh dedahkan perincian sesi pandu uji ini kerana menghormati permintaan mereka (pemaju), selain khuatir bentuk liputan yang akan dibuat jika kereta berkenaan gagal terbang ketika sesi tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto sekadar hiasan

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply