ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aksesori TRAPO Malaysia boleh didapati menerusi Touch ‘n Go eWallet

Berita Tempatan

Views

TRAPO Malaysia dan Touch ‘n Go eWallet telah memuktamadkan perkongsian strategik dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di Hab TRAPO Bangsar, semalam.

Ini bermakna, TRAPO Malaysia akan menjadi jenama aksesori kereta premium pertama yang boleh didapati menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Pemilik kereta boleh mendapatkan pelbagai aksesori kereta berkualiti premium, termasuk alas kaki kereta mesra alam TRAPO di samping mendapatkan tawaran eksklusif daripada TRAPO menerusi aplikasi tersebut.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Bersempena dengan itu, TRAPO turut menawarkan diskaun sebanyak 13 peratus kepada pengguna Touch ‘n Go eWallet untuk semua barangan mereka di seluruh kedai bermula dari 3 hingga 30 April 2023.

Menurut Ketua Pegawai Komersial TNG Digital Sdn Bhd, Danny Chua, melalui perkongsian ini, pihaknya dapat mengembangkan tawaran mobiliti melangkaui pembayaran transit, tol dan tempat letak kereta, tukar beli kenderaan, insurans kesihatan dan motor kepada produk automotif premium kepada pengguna.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama TRAPO Asia, Tzong Lee, ini merupakan peluang yang menarik untuk TRAPO menjangkau khalayak yang lebih luas dan untuk menyatukan misinya dalam meningkatkan pengalaman pemanduan orang ramai di seluruh negara.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Touch ‘n Go eWallet, syarikat eDompet nombor satu Malaysia yang mempunyai lebih daripada 19 juta pengguna berdaftar dan merupakan jenama domestik yang kukuh.

Ditubuhkan pada 2016, TRAPO ialah jenama aksesori kereta premium mampu milik di Malaysia dengan lebih 15 hab luar talian di negara seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Malah, TRAPO telah menerima anugerah Perak untuk “Inisiatif Hijau Terbaik” oleh The SOBA Awards pada tahun 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply