ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu uji Nissan Almera baharu hujung minggu ini dan berpeluang memenangi iPhone SE!

Berita Tempatan

Views

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menjemput orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman memandu Nissan Almera baharu pada acara Karnival Pandu Uji Nissan di seluruh negara bermula 11 hingga 13 Disember ini. Pelanggan berpeluang memenangi 5 unit iPhone SE (128GB) bernilai RM1,299 apabila mereka memandu uji Almera baharu.

Mereka juga turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah bernilai sehingga RM88,888 dalam Peraduan Beli & Menang apabila mereka membeli serta mendaftarkan Nissan Almera baharu sebelum 31 Disember 2020.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Berikut adalah senarai lokasi karnival:

12 – 13 Disember

(10AM hingga 8PM)

SelangorETCM Petaling Jaya03-7957 5940
Auto Dunia S/B (Batu Caves)03-6189 3028
Wilayah PersekutuanETCM Melati Utama03-4107 6698
ETCM Cheras Southgate03-9222 1891
KedahETCM Alor Setar (11-12 Dis)04-733 9155
Pulau PinangETCM Butterworth04-398 4588
PerakETCM Sitiawan (11-12 Dis)05-692 4811
ETCM Teluk Intan05-622 3994
Nikaijaya Resource (Ipoh)05-253 1228
Negeri SembilanETCM Seremban06-761 3311
Seremban Victory Credit (S2)06-720 2888
JohorETCM Segamat (11-12 Dis)07-931 6899
ETCM Kluang07-771 9668
Sincere Scope (Bukit Indah)07-244 1383
Public Motor (Kulaijaya)07-663 3877
Simpson Tan Auto (Skudai)07-232 1199
W.E Motor (Mount Austin)07-357 8698
PahangETCM Kuantan09-517 8628
Multiway Auto (Temerloh)09-296 0133
KelantanETCM Kota Bharu (11-13 Dis)09-747 8645
Edaran Nuri KB (Pasir Tumboh)09-765 9888
TerengganuETCM K.Terengganu (11-13 Dis)09-622 2350
Edaran Nuri Kemaman (Chukai)09-859 6288
SabahETCM Kota Kinabalu088-422 285
ETCM Sandakan089-222 098
OTS Motor KK (Penampang)088-217 989
SarawakETCM Kuching082-388 999

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Almera baharu menampilkan reka bentuk yang lebih bergaya ditambah pula dengan teknologi-teknologi bantuan pemanduan pintar dan termaju seperti Nissan Intelligent Mobility dan Safety Shield 360. Ia ditawarkan dalam tiga varian yang terdiri daripada VL, VLP dan VLT. Kesemua varian dilengkapi dengan ciri standard seperti Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (IFCW) dan Brek Kecemasan Pintar Automatik (IFEB).

Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Monitor Pandangan Keliling Pintar (IAVM) dengan Pengesan Objek Bergerak Pintar, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dengan Kawalan Cengkaman (TC), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Bantuan Brek (BA), Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD) 6 Beg Udara SRS (untuk varian VLP dan VLT sahaja) dan Sistem Cagak Tempat Duduk Kanak-kanak, ISOFIX dengan Top Tether.

Model sedan segmen-B ini dijual pada harga RM79,906 untuk varian VL, RM85,715 untuk varian VLP dan RM91,310 untuk varian VLT. ETCM juga menawarkan Promosi Pembiayaan Flexi dengan bayaran ansuran bulanan bermula RM688 sebulan untuk varian VL, RM738 sebulan untuk varian VLP dan RM788 sebulan untuk varian VLT sehingga 31 Disember 2020.

Selain itu, pelanggan yang membeli insurans dengan Tan Chong Insurance Business Stream (TCIBS) untuk model ini akan menerima perlindungan Kemalangan Peribadi (PA) secara percuma dengan nilai diinsuranskan sehingga RM75,000, pembayaran perlindungan Key Care sehingga RM1,500 dan elaun Bantuan Banjir mencecah RM1,500.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply