ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelan Mobiliti Perniagaan SOCAR bantu operasi perniagaan sepanjang tempoh PKP

Berita Tempatan

Views

SOCAR Mobility Malaysia telah melancarkan pelan Mobiliti Perniagaan SOCAR (SOCAR Business Mobility) di dalam usaha menyediakan penyelesaian pengangkutan bagi membantu perniagaan khususnya ejen penghantaran serta perusahaan kecil dan sederhana.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Mobility Malaysia, Leon Foong, pihaknya memahami betapa sukarnya untuk perniagaan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ingin membantu para peniaga yang beroperasi dari rumah supaya dapat meneruskan perniagaan dengan gangguan yang minimum.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Tambah beliau, pihaknya telah membuat keputusan untuk melancarkan fasa pertama pelan Mobiliti Perniagaan SOCAR dalam tempoh ini bagi membantu mengurangkan beban kos operasi dan pada masa sama menyediakan satu alternatif yang boleh dipercayai untuk pengendali perniagaan berkenaan.

Menerusi fasa pertama pelan Mobiliti Perniagaan SOCAR, para peniaga dan ejen pengangkutan boleh menyewa kereta untuk jangka masa yang singkat atau panjang pada harga yang berpatutan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Ipoh.

Ejen penghantaran serta pengendali perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berminat menggunakan pelan ini perlu melayari laman sesawang rasmi, https://socar.my/bizmobility dan mendaftar butiran maklumat mereka. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan dan diberikan kod promo yang mana ianya boleh digunakan dan ditebus melalui aplikasi mudah alih SOCAR.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Pelan Mobiliti Perniagaan SOCAR menawarkan pakej-pakej serendah RM4 sejam dan serendah RM200 untuk 5 hari. Ejen penghantaran dan pengendali perniagaan boleh memilih daripada pelbagai pilihan kereta yang disediakan seperti Perodua Axia, Honda City, Honda Jazz, Toyota Vios, Volkswagen Polo, Toyota Rush dan banyak lagi.

Pelbagai manfaat turut disediakan termasuk petrol percuma 20km bagi setiap jam tempahan (dihadkan pada 240km untuk tempahan 12 jam) dan perkhidmatan penghantaran SOCAR-2-YOU bagi tempat-tempat yang berada di dalam kawasan liputan. SOCAR akan menawarkan pilihan kad petrol yang telah sedia ditambah nilai mengikut permintaan melalui e-mel di [email protected]

Pelan ini bagaimanapun tidak disediakan untuk diskaun perjalanan sehala antara bandar. Jumlah bayaran keseluruhan yang dikenakan tertakluk kepada pilihan model kereta, insurans dan cukai perkhidmatan, manakala model kereta tertakluk kepada ketersediaan. Untuk mendapatkan maklumat terperinci serta terma dan syarat pelan Mobiliti Perniagaan SOCAR, layari https://socar.my/bizmobility.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply