ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perjalanan dihadkan dalam lingkungan 10km sahaja

Berita Tempatan

Views

Menerusi Warta Kerajaan yang dikeluarkan hari ini, kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan rakyat Malaysia bergerak dalam lingkungan radius 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 2 yang berkuatkuasa bermula hari ini (1 April 2020) sehingga 14 April 2020.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Perkara tersebut dinyatakan dalam syarat-syarat pergerakan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 2) 2020. Menurut Berita Harian, Antara syarat yang dinyatakan, jika seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan yang mempunyai jangkitan, mereka perlu ke tempat paling hampir dengan kediamannya sama ada untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet.

Selain itu, mereka tidak boleh disertai (ditemani) orang lain kecuali dengan alasan munasabah. Bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan dan perubatan pula, pergerakan penduduk juga tidak melebihi 10 km, paling hampir dengan kediamannya dan tidak boleh disertai orang lain kecuali dengan sebab munasabah.

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

Dalam melaksanakan tugasan rasmi, akta itu menyatakan rakyat Malaysia perlu mengemukakan surat kebenaran daripada majikan, jika ia dikehendaki oleh seorang pegawai diberi kuasa. Surat kebenaran itu juga perlu dikemukakan dalam melaksanakan tugasannya dalam apa-apa perkhidmatan yang perlu.

Memperincikan mengenai keperluan pergerakan untuk membeli makanan termasuk pengendali perniagaan, Akta itu menyatakan ia perlu dijalankan secara pandu lalu, bawa pulang atau penghantaran sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply