Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasminya, lagenda sukan rali tanahair, Karamjit Singh yang sebelum ini mengiklankan kereta Proton Waja miliknya untuk dijual mengumumkan, kereta tersebut telah pun ada pemilik baharu.
Dalam masa yang sama juga beliau berterima kasih kepada rakan-rakannya yang sudi kongsikan dan membantunya mencari pemilik baharu Waja tersebut. Tujuan beliau menjual kereta kegunaan hariannya itu adalah kerana kereta itu ‘terlalu berusia’ untuk dijadikan kenderaan “Grab” dan pada masa yang sama ingin membeli Proton Saga baharu transmisi manual.
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
Proton Waja yang telah dijual itu adalah model keluaran 2004 yang dijana oleh enjin 4G18 1.6 liter dari Mitsubishi dengan transmisi manual. Kereta tersebut turut dilengkapi dengan kamera di depan dan belakang yang bernilai RM700. Kamera di belakang juga boleh berfungsi sebagai kamera undur dan kereta ini turut dipasang dengan penyerap hentak (absorber) dan pegas (spring) dari jenama KYB.
Menurut Karamjit, harga yang diletakkan pada mode Waja tersebut adalah RM7,500 namun kami tidak pasti berapakah harga jualan yang sebenar dan siapakah pemilik bertuah kereta “The Flying Sikh” ini. Kereta tersebut juga kelihatan dijaga dengan baik dan masih dalam keadaan cantik.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Karamjit Singh
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
KOMEN TERKINI