ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tauke ikan rugi lebih RM1,000 dek kerana Myvi rempuh gerai

Berita Tempatan

Views

Semalam tular beberapa foto yang memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi merempuh sebuah gerai ikan tepi jalan di Ketereh, Kota Bharu. Harian Metro melaporkan, penjual ikan itu mengalami kerugian lebih RM1,000 apabila ikan dan sotong jualannya akibat kejadian tersebut.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, gerai Zulkifli Ramli, 44, dirempuh Myvi yang dipandu seorang wanita berusia lingkungan 60-an. Wanita itu mendakwa tertekan pedal minyak apabila cuba menekan brek ketika memandu kereta itu bersama anak lelakinya yang berusia 40-an.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Zulkifli berkata, sebelum kejadian dia sedang menyiang ikan dan terlihat keadaan kereta dari arah Kok Lanas ke Melor dipandu dalam keadaan pelik sebelum terkejut melihat kereta itu meluru laju ke arah gerainya. Kata Zulkifli, bunyi dentuman kereta melanggar gerainya sangat kuat, namun dia bersyukur rempuhan itu tidak terkena pelanggan yang sedang membeli ikan.

Tambahnya, akibat rempuhan itu, dia terpaksa membuang hampir 60 kilogram ikan dan sotong yang sudah tercemar terkena minyak dan rosak digelek tayar. Dia juga lega kerana terdapat sebiji batu besar yang terletak di hadapan gerai yang menghalang rempuhan kereta itu lebih jauh.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Bagaimanapun katanya, tiada laporan polis dibuat memandangkan kedua pihak bersetuju menyelesaikan sendiri. Menurutnya, ini kejadian kali pertama berlaku sejak dia menjual ikan di situ, tiga tahun lalu. selain kerugian jualan, dia juga terpaksa menutup kedai awal bagi kerja-kerja mengangkat turun kereta wanita berkenaan dan membersihkan gerai.

Jelasnya, antara kerugian termasuk tiang dan meja jualan patah, ikan dan sotong rosak dan dia tidak dapat meneruskan jualan pada hari tersebut. Dalam masa yang sama dia turut mengucapkan terima kasih kepada rakan, saudara-mara yang prihatin dengan kejadian itu dan akan tersu berniaga seperti biasa selepas ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply