ARKIB

KATEGORI

Tular

Penduduk London berang, sabotaj kamera ULEZ yang didakwa ‘cekik darah’

Berita Global

Views

Penduduk kota London yang berang dengan pemasangan kamera pengesanan Zon Pelepasan Ultra Rendah (ULEZ) di jalan raya bertindak menutup peranti tersebut menggunakan kotak dan beg beli-belah, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Kamera ULEZ merakam imej nombor pendaftaran kenderaan bagi mencari maklumat untuk menentukan jenis pelepasan karbon yang dihasilkan kenderaan tersebut.

Kamera tersebut turut memeriksa kekerapan pemandu memasuki kawasan ULEZ serta waktu memasukinya bagi menentukan jumlah bayaran yang dikenakan.

Kira-kira 700,000 pemandu bakal dikenakan bayaran harian sebanyak £12.50 (RM67.70) apabila ULEZ diperluaskan pada musim panas kali ini.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Langkah kontroversi itu pada dasarnya akan meliputi keseluruhan London dan akan diperkenalkan pada 29 Ogos ini.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan menerima kecaman hebat kerana melaksanakan idea tersebut yang dijangka mampu menjana pendapatan tambahan kira-kira £93.6 juta (RM507 juta) dalam lapan bulan pertama levi itu beroperasi.

Sadiq ketika menjelaskan pengembangan rancangan itu berkata, udara bertoksik menyebabkan kematian pramatang sebanyak 4,000 penduduk London setiap tahun.

Namun, ia sebaliknya dikatakan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan selain bakal diperluaskan ke kawasan-kawasan lain.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Berang dengan tindakan tersebut, sekumpulan penduduk mempamerkan protes mereka dengan meletakkan pelbagai barangan pada kamera Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik.

Gambar-gambar aksi protes tersebut tular di media sosial dengan pengguna melahirkan sokongan mereka terhadap tindakan berkenaan.

“Saya amat menyukai tindakan penduduk London yang menutup kamera ‘perompak wang’, ULEZ menggunakan kotak dan beg,” kata seorang pengguna.

“Hebat sekali! (Kerajaan) mengenakan cukai kepada penduduk miskin sekali lagi. Ramai orang (terumanya warga emas) akan hidup terasing.

Tambahan lagi, semua orang cuba mencari rezeki dengan gaji yang tidak seberapa. Amat keterlaluan,” ujar seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wide Awake Media

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply