ARKIB

KATEGORI

Tular

Burger ‘Joe Flizzow’ akan berada di Shell SELECT seluruh negara tak lama lagi!

Tular

Views

Rupa-rupanya penyanyi rap/hip-hop tersohor negara Joe Flizzow bersama rakan kongsinya, Brandon Lim merupakan salah seorang daripada enam pemenang utama inisiatif ‘Realisasi Impianmu Bersama Shell’ yang telah diumumkan oleh Shell Malaysia baru-baru ini.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Produk burger sedia-dimakan yang menggunakan jenama Joe’s Burger keluaran syarikat Meals in Minutes Sdn Bhd telah dianugerahkan Kontrak Label Persendirian Shell yang membolehkan produk tersebut dipasarkan di lebih dari 600 kedai Shell SELECT di seluruh negara.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Joe berkata menerusi laman Instagram rasminya, beliau teringat ketika di zaman persekolahannya, seorang guru telah memberi amaran yang beliau akan menjadi seorang penjual burger jika terus menyanyi rap dan ternyata doa guru tersebut telah dimakbulkan. Akhirnya Joe’s Burger akan berada di 650 kedai Shell SELECT di seluruh negara tidak lama lagi.

Hantaran tersebut setakat ini disukai oleh 15,513 warganet. Dalam masa yang sama beliau menzahirkan penghargaan kepada Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain atau Pakcik Shell di atas inisiatif yang hebat ini dan turut mengucapkan tahniah kepada pemenang yang lain.

Tahniah Joe Flizzow!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Joe Flizzow

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply