ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Foto Toyota Vios facelift 2020 tertiris lebih awal!

Foto Intip

Views

Warga Filipina bakal menerima Toyota Vios facelift (2020) tidak lama lagi! Model Vios yang lebih segar ini hanya menunggu detik pelancaran rasminya yang dijangka pada 25 Julai ini. Belum pun sempat ia dipertontonkan secara rasmi, portal permotoran Carguide.ph telah mendedahkan beberapa foto bocor model tersebut sejak semalam.

JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

Foto-foto yang hanya mendedahkan bahagian hadapan Vios 2020 ini memperlihatkan wajah baharunya yang lebih kemas dan garang. Sekali imbas, ia mirip dengan abangnya Corolla terutama sekali pada bahagian bampar, namun bentuk lampunya pula masih lagi dikekalkan.

Difahamkan, Vios 2020 akan ditawarkan dengan tiga tahap varian, bermula dari varian asas, pertengahan dan gred yang paling tinggi. Varian dengan gred yang paling tinggi akan mendapat kemasan hitam berkilat pada bahagian jeriji dan bampar bagi membezakannya dengan varian asas dan pertengahan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!

Kemasan jejalur krom pada jeriji yang bersambung dengan lampu depan juga merupakan ciri yang hanya ada pada varian gred tertinggi selain lampu depan jenis LED. Varian pertengahan pula masih lagi menggunakan rekaan roda aloi yang sama dengan model semasa.

Besar kemungkinan Toyota akan mengekalkan enjin dan transmisi yang ada. Mungkin juga akan ada penambahbaikan pada unit infohiburan terutama sekali untuk varian pertengahan dan paling tinggi. Kami meramalkan Vios 2020 tidak akan tiba dalam tahun ini dan ia mungkin diperkenalkan pada tahun berikutnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA
JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply