ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

MAM kini badan pentadbir rasmi sukan permotoran dua roda di Malaysia

Sukan Permotoran

Views

Era baharu sukan permotoran dua roda tanahair bermula setelah Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) kini sah sebagai badan pentadbir rasmi untuk kesemua aktiviti bermotosikal di Malaysia. Pengumuman tersebut telah dibuat semasa Perhimpunan Agung Tahunan FIM yang berlangsung di Monaco, Sabtu lalu.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Perkara tersebut telah diputuskan oleh Ahli Lembaga Pengarah FIM yang mengusulkan cadangan untuk melucutkan hak Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Satu undian rahsia telah dibuat oleh para delegasi setelah mendengar hujah dari pakar undang-undang sukan dari Switzerland, Nicola Noth dan Tan Sri Mokhzani Mahathir yang mewakili AAM dan MAM.

Undian tersebut menerima majoriti lebih dua pertiga daripada para delegasi yang telah membuat keputusan untuk mengeluarkan AAM dari FIM. Langkah seterusnya adalah untuk menerima kemasukan MAM dan ia telah dipersetujui dengan sebulat suara. Sebagai sebuah badan pentadbir rasmi di Malaysia, MAM berazam untuk terus membangunkan, menyokong dan memastikan kesinambungan sukan permotoran Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

MAM turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YM Tunku Muzaffar, Presiden AAM atas segala usaha dan sumbangan mereka kepada arena sukan permotoran di Malaysia selama ini.

Segala usaha mereka telah membina asas yang kukuh untuk pembangunan modal insan, acara dan bakat sukan permotoran di negara ini. Delegasi MAM telah diwakili oleh Tan Sri Mokzani Mahathir dan Muizz Azli, manakala AAM pula diwakili oleh Nik Muhammad Rafizan Nik Rashid dan Nicola Noth.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply