ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Ini rupa Myvi facelift apabila disarung dengan kit badan GR Corolla

Impresi Artis

Views

Theolipas buat hal lagi! Kali ini pakar manipulasi digital ini memberi gambaran bagaimana rupa Perodua Myvi facelift apabila dipakai dengan kit badan model GR Corolla yang baharu sahaja dilancarkan hari ini.

Sebenarnya, Theo pernah melakukan perkara yang sama dalam artikel terdahulu. Jujur penulis katakan, Myvi facelift GR jadian ini nampak jauh ‘lebih baik’ berbanding versi kit badan GearUp (maaf banyak-banyak ye Perodua).

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Myvi facelift versi Theo nampak lebih lebar, kerana kit badan asal GR Corolla memang sengaja direka sebegitu. Namun, ia tidaklah kelihatan terlalu janggal meskipun badan Myvi facelift nampak agak kembang.

Bukaan liang udara pada bampar GR Corolla sememangnya agak besar, tetapi ia nampak harmoni bersama jeriji nipis berbentuk sayap dengan kemasan gelap.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Di belakang, Theo telah menambah diffuser di bawah bampar dan turut menyumbat tiga corong ekzos yang kelihatan agak ‘pelik’ pada pandangan penulis.

Spoiler belakang nampak lebih kemas dan secara keseluruhan cubaan Theo untuk men”GR’kan Myvi facelift secara maya nampak berjaya dan kami jangka ada kedai Ah Beng yang akan ‘meniru idea’ ini tidak lama lagi.

Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply